Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,752

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

IBS jadi asas mengukur kesejahteraan hidup belia Sabah

KOTA KINABALU: Pelaksanaan 12 Domain Kesejahteraan Indeks Belia Sabah (IBS) dan 55 Indikator menjadi asas untuk mengukur kesejahteraan hidup belia Sabah.

Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Haji Tawfiq Abu Bakar Titingan berkata,  domain-domain ini telah dibangunkan berdasarkan keperluan dan keadaan semasa yang meliputi semua aspek kesejahteraan hidup.

“Program-program  yang dilaksanakan adalah sesuai untuk mengisi masa senggang belia yang mana menghindarkan atau mengelakkan belia-belia dari kegiatan yang tidak berfaedah dan negatif,”katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa, kajian IBS 2015 (IBS’15) juga hanya akan diketahui keberkesanan dan impaknya secara menyeluruh dalam tempoh 2 tahun iaitu pada tahun 2018 selepas implementasi program dilaksanakan di negeri ini dengan jayanya.

“Sekiranya berkesan, kajian kedua akan dibuat semula dengan mengambilkira tempoh empat tahun ke depan,”katanya.

Belliau turut menyatakan bahawa IBS ini juga menjadi penanda aras mengukur tahap kesejahteraan hidup belia Sabah, menyediakan input bagi pembentukan polisi dan dasar, memandu pembentukan pelan tindakan bagi meningkatkan kesejahteraan hidup belia Sabah dan sebagai indicator bagi mengukur pencapaian Dasar Belia Malaysia (DBM).

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh ADUN Sugut Datuk James Ratib yang bertanyakan mengenai perkembangan IBS yang telah dilancarkan pada bulan Januari tahun ini, ketika Persidangan DUN ke-14 Negeri Sabah, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan