Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

IABCS Cawangan Sabah dibuka

Mary Yap sedang menyampaikan ucapan
Mary Yap sedang menyampaikan ucapan

KOTA KINABALU- Sejumlah RM5 juta diperuntukkan bagi membina sebuah kabin pejabat (Fast Track) Institut Aminuddin Baki Cawangan Sabah (IABCS) di Menggatal bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di Sabah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap berkata, IABCS ditubuhkan bertujuan untuk melatih pengetua dan guru besar serta pelapis pemimpin lain dalam meningkatkan lagi bidang kepimpinan dan pengurusan di sekolah.

“Tempat disediakan bagi mereka yang terlibat dalam kepimpinan sekolah kerana kajian sudah membuktikan bahawa kejayaan dan kegagalan sesebuah
institusi pendidikan terletak dalam tangan seseorang pemimpin,” katanya ketika ditemui pemberita semasa merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek IABCS, di sini hari ini.

Menurut beliau melalui pembinaan IABCS itu, ia membantu untuk mengurangkan kos perbelanjaan kerana latihan boleh dilaksanakan di Sabah dan tidak perlu
lagi ke Institut Aminuddin Baki (IAB) Genting Highlands atau ke IAB Bandar Enstek.

Selain itu, ia boleh meningkatkan keberkesanan proses susulan untuk pelbagai program pendidikan yang berkesan di Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan
disamping melengkapkan lagi penampilan IAB sebagai bahagian yang melaksanakan latihan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia.

Katanya, terdapat dua kursus yang ditawarkan oleh Institut Aminuddin Baki (IAB) iaitu kursus pembangunan profesional Berterusan (CPD) dan
Kelayakan Profesional Kebangsaan untuk Pemimpin-pemimpin Pendidikan (NPQEL).

“Kursus NPQEL merupakan kursus utama anjuran IAB, di mana kursus ini adalah prasyarat untuk bakal pengetua dan guru besar selaras dengan mandat
pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).

“Seramai 315 orang pemimpin sekolah telah mengikuti kursus ini dan pada tahun 2015 seramai 93 sedang berkursus untuk Ambilan 1,” katanya.

Manakala kursus CPD pula sudah berjalan sejak tahun 2010 dan sebanyak 136 kursus CPD telah dilaksanakan oleh IABCS dan seramai 4, 621 orang
pemimpin sekolah dari Sabah dan Wilayah persekutuan Labuan yang telah mengikuti kursus itu.

Dalam pembinaan pejabat Kabin yang bersifat interim itu, peruntukan diberikan oleh Pembangunan Pelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
manakala Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri Sabah merupakan pengurus projek itu.

Beliau turut menyatakan perancangan masa depan untuk membina kampus latihan bertingkat dan mempunyai prasarana yang lengkap dalam Rancangan Malaysia ke-11 di tapak kampus IAB cawangan Sabah itu.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan