Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Rightpower Corporation anjur majlis khas hargai pelanggan

Tarian singa turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka Hyundai 3S Centre. – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah
TARIAN singa turut diadakan bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka Hyundai 3S Centre. – foto ALEX MAIRIN / Sayangsabah

PENAMPANG – Syarikat jualan kenderaan Hyundai, Rightpower Corporation Sdn Bhd mengambil inisiatif menganjurkan sebuah majlis rumah terbuka khas bagi menghargai sokongan para pelanggan di sini hari ini

“Selain itu, majlis yang diadakan secara ringkas ini juga bersempena dengan sambutan perayaan Tahun Baru Cina,” kata Pengarah Urusannya, Philip K.K Lau kepada media di Bangunan Rightpower Hyundai 3S Centre, Bandar Baru Penampang di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata pihak syarikat telah menambahbaik kemudahan di bangunan itu termasuk bahagian penyelenggaraan kenderaan, ruang pameran, pusat jualan dan ruang meletak kenderaan yang luas.

“Kemudahan di Hyundai 3S Centre kini telah ditingkatkan bagi keselesaan para pelanggan yang datang ke bangunan ini,” katanya lagi.

Persembahan tarian singa juga diadakan bagi memeriahkan lagi majlis rumah terbuka tersebut yang dihadiri oleh pelanggan daripada sektor perbankan dan korporat.
– Oleh NUZIR ANDI SAMSIAR / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan