Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hutang RM1 trilion kerana projek Mega BN

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa pertemuan pertama dengan pengurusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

 

PUTRAJAYA: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali berkata, hutang negara mencecah RM 1 trilion adalah berpunca daripada projek mega kerajaan terdahulu yang tidak telus dan dimasukkan ke dalam bajet negara.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri taklimat daripada pasukan Unit Perancang Ekonomi, komponen penting dalam kementerian baru itu di Pejabat Kementerian Hal Ehwal Ekonomi, di sini, hari ini.

“Kos (RM 1 Trillion), ini memberi kejutan kepada pentadbiran baru tetapi hal ini turut dibincangkan pagi ini tetapi kita harus lihat maklumat terperinci mengenai apa yang menyumbang kepada hutang besar hampir RM 1 trilion itu.

“Sebahagiannya ialah kerana proses (kewangan kerajaan) tidak terbuka, telus dan kebanyakan projek tidak dimasukkan ke dalam perbelanjaan dan bukan di bawah belanjawan negara,” katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed berkata langkah segera perlu diambil kerajaan beliau kerana hutang negara telahpun mencecah angka RM 1 trilion berbanding hanya tidak melebihi RM 300 bilion semasa pentadbiran beliau daripada 1981 hingga 2003.

Justeru, Azmin berkata, beliau akan menyemak projek Mega seperti Projek Rel Pantai Timur (ECRL) dan Projek Rel Kelajuan Tinggi (HSR) selaras dengan manifesto Pakatan Harapan untuk menyelamatkan ekonomi negara.

“Kami akan menyemak dan berunding semula terma projek berkenaan. Tetapi jika ia masih belum dilaksanakan, kita akan fokus kepada projek yang akan berikan kesan langsung kepada rakyat seperti soal infrastruktur asas di kawasan kampung, saluran elektrik dan bekalan air,” kata beliau.

Sementara itu, Azmin masih berteka teki berhubung individu yang bakal menggantikan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Selangor.

“Bagaimanapun, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengumumkan keputusan dalam masa beberapa minggu lagi,” katanya. – BH ONLINE

MENTERI Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semasa pertemuan pertama dengan pengurusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Pejabat Menteri Jabatan Perdana Menteri. – Foto Ahmad Irham Mohd Noor

Komen


Berita Berkaitan