Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Hutan’ menegak dibina di Lausanne

LAKARAN artis mengenai bangunan 36 tingkat yang dirancang dibina di Switzerland.
LAKARAN artis mengenai bangunan 36 tingkat yang dirancang dibina di Switzerland.

Lausanne (Switzerland): Seorang arkitek Itali merancang membina menara ‘hutan menegak’ di Switzerland.

Stefano Boeri berkata, menara setinggi 36 tingkat di Lausanne itu bakal menjadi yang pertama di dunia dilitupi tumbuhan malar hijau sama seperti konsep digunakan untuk dua bangunan pencakar langit di Milan.

Kompleks dirancang dibina itu umumnya kediaman, tetapi juga merangkumi pejabat, gimnasium dan restoran panoramik di tingkat atas.

Projek digelar ‘La Tour des Cedres’ mempunyai tumbuh-tumbuhan ditanam dalam kotak konkrit sepanjang sisi bangunan, yang bertujuan memerangkap habuk seterusnya memperbaiki kualiti udara di kawasan berkenaan.

“Bentuk bangunan ini dan warna pokok serta tumbuhan yang berubah mengikut musim akan menjadikannya mercu tanda indah di Tasik Geneva.

“Ini akan menjadikan Lausanne bandar canggih ketika dunia berusaha menggabungkan elemen kualiti kehidupan bandar dengan kemampanan dan biodiversiti,” katanya kepada majalah Dezeen. – Agensi /HMetro

Komen


Berita Berkaitan