Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hukuman ringan jutawan belasah pengacara TV

10:12am 16/02/2016 Pak Roshan 14 views Global
Sok Bun (kiri) dan pengacara televisyen Ek Socheatha (kanan). - Foto Agensi

Sok Bun (kiri) dan pengacara televisyen Ek Socheatha (kanan). – Foto Agensi

Phnom Penh (Kemboja): Mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara yang ringan terhadap seorang jutawan hartanah negara itu kerana membelasah seorang penyampai televisyen yang rakaman video kejadian itu tersebar di Internet.

Hari ini, Hakim Mahkamah Perbandaran Phnom Penh, Sor Lina, menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Sok Bun tetapi memutuskan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara 10 bulan. Bagaimanapun, jutawan itu hanya perlu menjalani hukuman selama empat bulan selepas ditolak tempoh penahanannya sepanjang perbicaraan.

Dalam rakaman video Julai tahun lalu, jutawan itu berulang kali menumbuk serta menendang Ek Socheatha di kepala dan kaki selama kira-kira seminit dengan pengawal peribadinya mengacukan pistol ke kepala mangsa.

Peguam wanita itu, Puth Theavy, berkata anak guamnnya menerima hukuman itu dan tidak akan membuat rayuan hukuman lebuh berat. – Agensi/HMetro

tycon2.jpg.transformed

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan