Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hukuman penjara untuk pemburu haram dinaikkan

10:09am 09/06/2016 Pak Roshan 11 views Global
GAMBAR hiasan, pihak berkuasa Indonesia membakar kulit harimau dan organ haiwan liar yang dirampas dari pemburu haram di Aceh.

GAMBAR hiasan, pihak berkuasa Indonesia membakar kulit harimau dan organ haiwan liar yang dirampas dari pemburu haram di Aceh.

Jakarta: Kerajaan Indonesia merancang menaikkan jumlah hukuman penjara terhadap kesalahan berkaitan pemburu haram dan penyeludupan haiwan bagi memperkasakan undang-undang perlindungan hidupan liar.

Pegawai Kementerian Alam Sekitar dan Perhutanan Indonesia, Tachrir Fathoni berkata, hukuman penjara untuk kesalahan memburu dan memperdagangkan haiwan terancam bakal dinaikkan dari lima tahun kepada 20 tahun.

“Kami mahu penguatkuasaan undang-undang yang lebih kuat.

“Kami mahu individu yang melanggar undang-undang ini berdepan dengan hukuman yang lebih tegas,” katanya.

Indonesia antara negara di dunia yang mempunyai hutan tebal yang menjadi tempat tinggal beberapa spesies haiwan yang sukar ditemui.

Bagaimanapun, banyak haiwan ini seperti badak sumbu dan harimau kini berdepan dengan risiko kepupusan.

Kemusnahan hutan dan aktiviti pemburu haram yang menyasarkan organ haiwan terancam untuk dijual di pasaran gelap antara punca utama kepupusan haiwan ini.

Kerajaan sering dikritik kerana kurangnya tindakan tegas dan aktivis haiwan berkata, undang-undang bagi melindungi haiwan terancam tidak cukup berkesan. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan