Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,697

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hukuman pemandu degil

10:53am 04/11/2016 Pak Roshan 226 views Global
BEBERAPA wartawan menemu bual pemandu yang ditahan kerana menggunakan lampu tinggi kenderaan dengan cara tidak betul. - Agensi

BEBERAPA wartawan menemu bual pemandu yang ditahan kerana menggunakan lampu tinggi kenderaan dengan cara tidak betul. – Agensi

Shenzhen: Polis di bandar ini mempunyai cara unik bagi memberi pengajaran kepada pemandu kenderaan yang sering memasang lampu tinggi sehingga mengganggu pandangan pemandu lain.

Bermula 1 November lalu, polis trafik Shenzhen mendenda pemandu duduk di hadapan kenderaan yang dipasang lampu tinggi selama seminit sebagai denda kerana menggunakan lampu tinggi secara tidak berhemah.

Selain hukuman terbaru itu, pesalah juga dikenakan denda sebanyak 300 yuan (RM190).

Ketika duduk, pesalah juga diminta membaca cara-cara atau waktu yang sesuai menggunakan lampu tinggi semasa memandu.

Polis memuat naik gambar di laman sosial Weibo yang menunjukkan beberapa pemandu yang didenda duduk di hadapan kenderaan yang dipasang lampu tinggi dalam satu operasi baru-baru ini. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan