Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hukuman ketika ribut

8:46am 30/07/2016 Pak Roshan 8 views Global
PETUGAS mengusung keranda pesalah warga Nigeria, Seck Osmanu yang tiba di sebuah rumah mayat di Jakarta, semalam. - AP

PETUGAS mengusung keranda pesalah warga Nigeria, Seck Osmanu yang tiba di sebuah rumah mayat di Jakarta, semalam. – AP

Cilacap, Indonesia: Pihak berkuasa Indonesia menghukum mati empat pesalah dadah semalam, tetapi 10 lagi pesalah diberi penangguhan sementara.

Hukuman mati yang berlangsung di penjara Nusa Kambangan diteruskan walaupun dibantah keras kumpulan hak asasi manusia, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Ban Ki-moon dan Kesatuan Eropah.

Empat pesalah yang terdiri daripada tiga warga Nigeria dan seorang lelaki tempatan ditembak mati oleh skuad penembak selepas tengah malam semalam.

Tanda tanya mengenai proses itu timbul apabila 10 pesalah yang dijadual dihukum mati mendapat penangguhan pada saat akhir.

Pihak berkuasa tidak memberitahu alasan penangguhan hukuman berkenaan, tetapi kawasan penjara dilanda hujan lebat dan ribut ketika hukuman dijalankan.

Peguam Negara Indonesia, Muhammad Prasetyo semalam berkata, semua 10 pesalah berkenaan sudah kembali ke penjara mereka.

“Nasib 10 pesalah ini akan ditentukan kemudian. Kami akan lihat bilakah masa yang sesuai.

“Bagaimanapun, apa yang pasti kami tidak akan menghentikan hukuman terhadap pesalah yang berdepan hukuman mati,” katanya.

Sementara itu seorang peguam, Ricky Gunawan berkata, peguam semua pesalah menunggu dengan penuh debaran mengenai nasib anak guam mereka dan keliru mengapa hukuman tidak dilaksanakan seperti yang dirancang.

“Saya boleh katakan pelaksanaan hukuman pada pagi ini (semalam) sangat huru-hara.

“Tiada maklumat jelas diberi kepada kami mengenai masa hukuman yang dijalankan dan mengapa hanya empat pesalah dihukum dan apa yang berlaku pada 10 yang lain,” katanya. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan