Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hukuman gantung warga Nigeria kekal

warganigeriagantung

PUTRAJAYA – Seorang warga Nigeria hanya dapat mengecap kebebasan dalam tempoh singkat selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini mengetepikan pembebasannya dan mengekalkan sabitan kesalahan tertuduh dan mengarahkan tertuduh dihukum gantung kerana mengedar dadah.

Panel lima anggota diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dalam keputusan sebulat suara membenarkan rayuan pihak pendakwa untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan yang melepas dan membebaskan Nolose Albert Raleshome daripada pertuduhan itu.

Md Raus mengekalkan hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada 11 Januari 2013 yang mendapati Raleshome bersalah mengedar methamphetamine seberat 707.5 gram dan menjatuhkan hukuman mati.

Dalam keputusannya, beliau berkata tiada percanggahan bahan dalam testimoni lisan pakar kimia dan laporan beliau berhubung homogen bahan kristal yang mengandungi dadah methamphetamine semasa dianalisis.

Mahkamah Rayuan ketika membebaskan Raleshome pada 9 Disember tahun lepas memutuskan keterangan lisan ahli kimia Muzaiyanah Mohd Kaprawi bahawa beliau telah menghomogen dadah itu sebelum menjalankan analisis kualitatif dan kuantitatif yang bercanggah dengan laporannya iaitu dadah berkenaan telah dihomogen semasa analisis.

Raleshome, 35, melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta Medan Selera 118 di Taman Len Seng, Cheras, pada 12 tengah hari 30 Disember 2010.

Komen


Berita Berkaitan