Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,646

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hujan Sederhana Lebat Di Negeri Pantai Timur, Sabah Dan Sarawak

1:25pm 28/12/2015 Pak Roshan 53 views Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Hujan yang kadangkala menjadi sederhana lebat di beberapa kawasan di Kelantan, Terengganu dan Pahang dijangka berterusan sehingga esok.

Ia menurut amaran hujan peringkat jingga yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia yang dikeluarkan pada 10.10 pagi ini.

Di Kelantan, ia meliputi daerah Kuala Krai, Gua Musang dan Jeli; Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; serta Kuantan, Pekan, Rompin, Jerantut, Maran, Lipis dan Cameron Highlands di Pahang.

Menurut laman sesawang Jabatan Meteorologi, hujan turut berlaku di satu dua tempat di kawasan pantai di Sandakan, Sabah serta kawasan pantai Bintulu, Kuching, Mukah dan Samarahan di Sarawak pada sebelah pagi.

Sementara itu, pada sebelah petang, ribut petir dijangka berlaku di beberapa tempat di Pahang dan Sarawak dan beberapa lokasi lain.

Dalam pada itu, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang sehingga Jumaat ini.

Ia berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka berlaku di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South, Palawan, Kuching dan Labuan, juga sehingga Jumaat.

Keadaan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. – BERNAMA

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan