Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan pulih kualiti udara

hujan pulih jerebu

KUALA LUMPUR: Hujan di beberapa negeri memulihkan kualiti udara di kebanyakan kawasan di seluruh negara dengan hanya sembilan kawasan merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana setakat jam 3 petang semalam

Berdasarkan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu ialah Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah (66); Pelabuhan Klang (67); Kampung Air Putih, Taiping, Perak (55); Alor Setar, Kedah (54); Seberang Jaya 2, Perai, Pulau Pinang (54); Jalan Tasik, Ipoh (53); Jalan Pegoh, Ipoh, Perak (55) dan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulang Pinang (57).

Sementara itu, sebanyak 42 kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan IPU baik.

Antaranya Batu Muda, Kuala Lumpur (44); Sandakan, Sabah (37), Kuala Selangor, Selangor (34); Kuching, Sarawak (31); Langkawi, Kedah (23) dan Petaling Jaya, Selangor (34).

Komen


Berita Berkaitan