Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan Peluru

hujanpeluru

GOMBAK: Seorang lelaki dan teman wanitanya disifatkan amat bernasib baik apabila masih terselamat walaupun dihujani tembakan pistol oleh penjenayah dari jarak kurang satu meter.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, mangsa ditembak penjenayah ketika berada di dalam kenderaan oleh seorang suspek yang dipercayai cuba menyamun mangsa di Bandar Baru Rawang 2 di sini, awal pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa sedang berjalan kaki ke kawasan meletak kenderaan untuk pulang ke rumah.

Menurutnya, mangsa lelaki berusia 48 tahun menyedari kelibat seorang lelaki yang mengekori mereka dalam keadaan mencurigakan sebelum mangsa mengarahkan teman wanitanya yang berusia 43 tahun segera masuk ke dalam kereta.

“Menyedari dua mangsa cuba melarikan diri, suspek bertindak mengejar mangsa dan mengetuk cermin kereta dinaiki itu.

“Tindakan mangsa yang enggan membuka pintu kereta menyebabkan suspek berang sebelum mengeluarkan sepucuk pistol. Suspek kemudian melepaskan tembakan ke arah cermin sebelah pemandu kereta mangsa,” katanya.

Menurutnya, suspek melepaskan sekurang-kurangnya tiga das tembakan dari jarak dekat.

Komen


Berita Berkaitan