Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan Maut

Dua lelaki membawa rakit buatan sendiri untuk meredah banjir di Kale, Myanmar.
Dua lelaki membawa rakit buatan sendiri untuk meredah banjir di Kale, Myanmar.

Yangon: Hujan lebat yang melanda beberapa negara di Asia meragut ratusan orang, kata pihak berkuasa semalam ketika pasukan bantuan berusaha menjejaki lokasi pedalaman India, Pakistan serta Myanmar yang dilanda banjir kilat dan tanah runtuh.

Pihak berkuasa di India berkata, lebih 120 maut di negara itu dalam tempoh beberapa hari lalu manakala jutaan lain hilang tempat tinggal akibat hujan lebat.

Keadaan bertambah teruk berikutan puting beliung yang melanda Teluk Benggala minggu lalu.

Semalam, pasukan bantuan menyambung usaha mencari mangsa yang mungkin terselamat selepas kejadian tanah runtuh di Manipur. Setakat ini, empat mayat ditemui di sebuah kampung yang tertimbus.

Di Myanmar, hujan lebat yang diburukkan lagi oleh puting beliung Komen mengakibatkan 46 terbunuh, manakala 200,000 lagi terjejas akibat banjir.

Kerajaan memberi tumpuan terhadap usaha bantuan dan menyelamat di empat daerah di tengah dan barat negara itu Penduduk di kawasan berkenaan terpaksa menggunakan perahu dan rakit untuk menyelamatkan diri.

Ribuan penduduk kini berada di kem pelarian termasuk di Kalay, daerah Sagaing, yang dilanda banjir berarus deras.

Penduduk Htay Shein, 62, berkata: “Tiada apa lagi yang tinggal. Rumah kami masih ditenggelami air.

“Ini banjir paling teruk pernah kami alami.”

Tanah runtuh di Hakha, ibu negeri wilayah Chin memusnahkan 700 kediaman, lapor akhbar Global New Light of Myanmar.

Presiden Thein Sein berikrar kerajaan akan membuat ‘segala yang terdaya’ untuk menyampaikan bantuan. Bagaimanapun, beberapa kawasan di negeri itu terputus hubungan.

Hujan turut melanda Rakhine, tempat 140,000 pelarian – kebanyakannya Muslim Rohingya – yang tinggal di kem terbuka berikutan diserang pelampau Buddha pada 2012.

Musim monsun lazimnya dinantikan petani tetapi hujan lebat dan puting beliung yang melanda juga membawa bencana kepada penduduk tempatan.

Selain itu, 116 dilaporkan terbunuh di Pakistan yang mengalami banjir teruk setiap kali musim monsun sejak 2010.

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan (NDMA) Ahmed Kamal, berkata, lebih 850,000 orang terjejas akibat banjir kali ini.

Puluhan turut dilaporkan maut di Nepal dan Vietnam akibat banjir dan tanah runtuh.

Di Vietnam tanah runtuh membawa sisa toksik dari lombong arang batu di wilayah utara Quang Ninh – lokasi pelancongan Teluk Halong – meragut nyawa dua keluarga selain memenuhi pekan di situ dengan arang.- AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan