Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan makanan laut

Gambar menunjukkan seekor sotong kurita melekat pada cermin kereta ketika ribut melanda banda Qingdao, China – Agensi

 

Beijing: Ribut yang melanda Qingdao sebuah bandar tepi laut di wilayah Shandong pada minggu lalu menyebabkan pokok dan papan tanda tumbang, banjir kilat serta merosakkan banyak harta benda.

Bagaimanapun, ribut itu turut menyebabkan satu fenomena luar biasa apabila pelbagai hidupan laut seperti ikan, sotong kurita, udang, ketam dan tapak sulaiman jatuh dari langit.

Tidak lama selepas ribut itu melanda, beberapa pengguna media sosial Weibo di bandar itu memuat naik gambar pelbagai hidupan laut berkenaan yang jatuh di laman, cermin kereta dan tingkap rumah mereka.

Penduduk di bandar itu dilaporkan terkejut apabila melihat haiwan berkenaan yang masih hidup jatuh dari langit ketika ribut itu.

Beberapa pengguna media sosial turut bergurau dengan memberitahu mereka tidak perlu ke laut untuk menangkap ikan segar kerana haiwan itu jatuh di pintu rumah mereka.

Gambar itu turut dikongsi agensi kaji cuaca China dan ia segera menjadi tular dengan tajuk ‘hujan makanan laut’ yang menjadi topik paling popular di laman sosial berkenaan.

Pakar kaji cuaca berkata, haiwan itu boleh disedut bersama air oleh ribut atau puting beliung yang berlaku di laut atau tasik.

Haiwan yang disedut bersama air itu boleh terjatuh berpuluh-puluh meter atau lebih jauh lagi apabila ribut atau puting beliung berkenaan semakin lemah.

Satu contoh fenomena itu berlaku pada 2017 di Mexico apabila beratus-ratus ikan turun bersama hujan lebat di bandar Tampico.

Ikan yang turun bersama hujan turut direkodkan berlaku di bandar Kerala, India pada 2008. – Agensi/HMetro

Gambar menunjukkan seekor tapak sulaiman melekat pada cermin kereta ketika ribut melanda banda Qingdao, China – Agensi

Komen


Berita Berkaitan