Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan lebat dijangka seminggu

hujan lebat

KUALA LUMPUR: Hujan lebat yang dialami beberapa kawasan di negara ini sejak beberapa hari lalu terjadi berikutan berlaku pembentukan atmosfera yang sesuai serta tiupan angin yang lemah dari pelbagai hala.

Pegawai Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) Bahagian Pusat Cuaca Nasional Ambun Dindang berkata faktor itu memudahkan pembentukan awan secara semula jadi, sekali gus meningkatkan aktiviti hujan.

“Ia adalah kejadian semula jadi bagi pembentukan hujan yang dialami sekarang. Kita ramalkan negara akan menerima hujan dalam kuantiti yang banyak selama seminggu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Berdasarkan pencerapan taburan hujan harian oleh JMM, tiga lokasi menerima hujan lebat melebihi 80 milimeter (mm) iaitu Batu Embun, Batu Pahat dan Subang.

“Hujan di beberapa negeri semalam (kelmarin) berjaya meningkatkan kualiti udara di kawasan dilanda jerebu manakala tiupan angin turut membantu mengurangkan jerebu,” katanya.

Ambun berkata keadaan cuaca juga adalah lembap dengan purata suhu maksimum tidak melebihi 35 darjah Celsius.

Bagaimanapun, selepas tempoh itu perubahan cuaca akan beransur kering kerana negara sedang mengalami angin barat daya yang akan menjadikan atmosfera kering.

Komen


Berita Berkaitan