Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan lebat 4 jam, 17 kampung banjir

ANGGOTA Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memantau kawasan yang dinaiki air banjir, di 17 kampung di daerah Kota Belud selepas hujan lebat selama empat jam sejak 4. – Foto ihsan APM

 

KOTA BELUD: Sebanyak 17 kampung di daerah ini terjejas akibat banjir susulan hujan lebat selama empat jam sejak jam 4 petang semalam, bagaimanapun, tiada penduduk dipindahkan.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Unit Kota Belud, Paulina Francis, berkata hujan turut menyebabkan Sungai Tempasuk mencecah paras bahaya pada 5.12 meter (m) sehingga melimpah ke kawasan berhampiran.

“Kawasan rendah termasuk jalan raya di 17 kampung dinaiki air sejak jam 6.30 petang.

“Pada masa sama, Jalan Kampung Kerang Benai, Jalan Kampung Bobot, Jalan Kampung Linau, Jalan Siasai Tamu, Jalan Kampung Kota Belud dan Jalan Kampung Menunggui turut dinaiki air serta tidak boleh dilalui semua jenis kenderaan.

“Kita memantau secara berkala dan bersiap sedia untuk membantu jika penduduk perlu berpindah,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Menurutnya, kampung yang terjejas ialah Bobot, Ejuk, Siasai Tamu, Kota Belud, Menunggui, Sembirai, Lingkodon, Linau dan Kampung Gunding, Tanjung Pasir, Wakap, Kerang Benai, Donggoi, Sadok-sadok, Marajah, Lebak Engad dan Keranjangan.

“Pengguna kenderaan disarankan menggunakan laluan alternatif iaitu di Jalan Kampung Piasau – Jalan Kampung Tambulion,” katanya. – Oleh Recqueal Raimi/BH Online

Komen


Berita Berkaitan