Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hujan berterusan menyebabkan banjir

8:22pm 08/11/2015 Ann Vivien 263 views Berita Pilihan,Isu Semasa,Tempatan
Banjir di daerah Penampang-Media Social

Banjir di daerah Penampang-Media Social

KOTA KINABALU:  Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Kota Kinabalu dan Penampang dinaiki air.

Menurut maklumat Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, beberapa kawasan di Penampang membabitkan Minintod, Bantayan, Bulatan Nanas, dan Kolopis dinaiki air selain berlaku tanah runtuh kecil di kawasan Kasigui.

Menurut pusat gerakan itu keadaan masih terkawal dan ada beberapa jalan di daerah itu masih boleh dilalui.

“Pihak Bomba ketika ini sedang beroperasi bagi mengumpul maklumat mengenai kawasan yang dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sabah Abd Razaq Basir berkata kawasan Telipok turut dinaiki air.

Beliau berkata pasukan penyelamat JPAM Sabah juga sedang memantau keadaan banjir di sekitar Kota Kinabalu dan Penampang termasuk kejadian tanah runtuh.

Di Tuaran, Pegawai Daerahnya Abdul Mohd Ibnu Abdul Kadir Baba memaklumkan beberapa batang jalan di Tuaran yang dinaiki air sudah kembali pulih dan boleh dilalui oleh kenderaan.

Berdasarkan ramalan cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi, pantai barat Sabah mengalami ribut petir di beberapa tempat pada sebelah petang sementara sebelah malam pula hujan di satu dua tempat.- BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan