Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,696

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hujan batu sebesar bola golf

10:59am 25/04/2016 Pak Roshan 636 views Global
ORANG ramai keluar dalam keadaan cuaca buruk di Myanmar.

ORANG ramai keluar dalam keadaan cuaca buruk di Myanmar.

Yangon: Ribut yang menghasilkan hujan batu bersaiz bola golf di seluruh Myanmar, membunuh sekurang-kurangnya lapan orang sejak beberapa hari lalu selain menyebabkan kerosakan pada pagoda dan ribuan bangunan.

Ribut mengejut itu melanda lima negeri pada Jumaat dan Sabtu selepas berminggu-minggu negara itu menghadapi suhu panas melampau yang mencecah 40 celsius.

“Berdasarkan apa yang kami tahu sekarang, lapan terbunuh dan 7,500 rumah musnah sepanjang waktu itu.

“Jumlah itu mungkin meningkat apabila lebih banyak maklumat diperolehi nanti,” kata pengarah Kementerian Kebajikan Masyarakat, Bantuan dan Penempatan Semula, Phyu Lei Lei Tun.

Enam mangsa maut di kampung Yay Tha Yauk di Mandalay selepas kawasan berkenaan dilanda banjir kilat.

Daerah lain yang turut dilanda bencana termasuk Sagaing dan Magway serta negeri Shan dan Chin.

Imej dan rakaman televisyen menunjukkan hujan batu yang besar bertaburan di jalan dan menghempas bumbung logam dengan penduduk bertempiar menyelamatkan diri.

“Saya rasa takut melihat angin kuat, ribut dan hujan batu apabila menjenguk ke luar tingkap.

“Beberapa hujan batu sebesar bola golf, dan kebanyakannya bersaiz ketulan ais yang anda masukkan ke dalam minuman,” kata penduduk Mandalay, Yin Myo. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan