Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hujan batu landa Kuching, Kota Samarahan

Pengguna jalan raya dari Tabuan ke Kota Samarahan menunjuk hujan batu yang ditemui. – Foto ihsan Pembaca

 

KUCHING :Hujan lebat yang disertai dengan ketulan air batu menggemparkan orang ramai di beberapa kawasan di pinggir bandar raya ini hingga Kota Samarahan, hari ini.

Kejadian bermula kira-kira jam 4 petang itu disedari pengguna jalan raya yang melalui Jalan Tabuan menghala ke Kota Samarahan apabila ketulan air terkena bumbung kenderaan mereka.

Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Joseph berkata, ketika kejadian beliau sedang memandu kereta untuk balik ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Kota Samarahan.

Joseph berkata, pada mulanya beliau hairan mendengar bunyi kuat seperti batu menghentam bumbung keretanya.

Beliau kemudian menyedari sesuatu yang pelik apabila melihat air batu bertaburan di atas jalan raya.

“Saya memperlahankan kenderaan dan cuba mencari tempat selamat untuk berhenti kerana bimbang ketulan air batu itu memecahkan cermin kereta.

“Selepas berhenti berdekatan pokok besar, saya keluar untuk memastikan apa yang saya lihat itu dan ternyata ia adalah air batu,” katanya kepada NSTP hari ini.

Joseph berkata, sebelum ini beliau pernah mengalami kejadian sama di pusat bandar raya Kuching hampir 20 tahun lalu.

“Pada tahun 2000 saya pernah terkena hujan batu ketika menunggang motosikal di kawasan Padungan di Kuching dan tidak sangka pula, hari ini berpeluang sekali lagi menyaksikan kejadian serupa,” katanya.

Antara kawasan yang dilanda hujan batu hari ini ialah di Tabuan Laru, Tabuan Jaya, Stutong, Jalan Kuching-Samarahan serta beberapa kawasan di Kota Samarahan. – BH Online

Pengguna jalan raya dari Tabuan ke Kota Samarahan menunjuk hujan batu yang ditemui. – Foto ihsan Pembaca
Pengguna jalan raya dari Tabuan ke Kota Samarahan menunjuk hujan batu yang ditemui. – Foto ihsan Pembaca

 

Komen


Berita Berkaitan