Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

  Hudud: Pendirian PBS jelas, Pairin

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. - foto Alex Mairin
Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. – foto Alex Mairin

KOTA KINABALU – Parti Bersatu Sabah (PBS) tetap dengan pendirian mereka terhadap pelaksanaan undang-undang hudud yang akan dibentangkan oleh kerajaan negeri Kelantan di Parlimen.

Presiden PBS, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, pendirian beliau adalah jelas kerana negara ini sudah pun mempunyai undang-undang tersendiri yang termaktub dalam Perlembagaan bagi mana-mana kesalahan jenayah.

“Jadi bagi kami jelaslah (tidak setuju). Ini memandangkan negara sudah ada akta jenayah yang menyediakan hukuman setimpal. Tambahan pula, kita lihat sekarang ini banyak negara mahu menghapuskan hukuman gantung,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata demikian sebagai mengulas pendirian PBS mengenai pembentangan hudud oleh kerajaan Pas Kelantan dalam Persidangan Dewan Rakyat akan datang. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan