Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hubungi pasukan keselamatan sebelum balik kampung

Jainab (tengah) menyampaikan sumbangan kuih kepada pasukan keselamatan.-Gambar Oleh Alex Mairin
Jainab (tengah) menyampaikan sumbangan kuih kepada pasukan keselamatan.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Orang ramai dinasihatkan agar berhubung dengan anggota keselamatan berdekatan sekiranya meninggalkan rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Ahmad Ayid berkata, langkah itu adalah penting bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang bercuti.

“Saya ingin mengingatkan kepada orang ramai yang ingin balik bercuti agar menghubungi anggota keselamatan terlebih dahulu sebelum meninggalkan rumah,”katanya ketika dihubungi media ketika program menyumbangkan kuih raya kepada pasukan keselamatan, di sini, hari ini.

Jainab turut menyatakan bahawa pengorbanan anggota keselamatan yang bertugas semasa musim perayaan merupakan satu tanggungjawab yang amat bermakna dan wajar dihargai.

Jainab telah melawat beberapa lokasi pasukan keselamatan bagi tujuan program berkenaan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia, Balai Polis Manggatal, Bomba, Maritim dan juga JPAM.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Komen


Berita Berkaitan