Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hubungan stabil badan perundangan- eksekutif perlu bagi melicinkan pentadbiran negara

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Foto oleh Alex Mairin/ SayangSabah

KOTA KINABALU- Hubungan yang stabil antara badan perundangan dan badan eksekutif disesebuah negara amat penting agar dapat melicinkan pentadbiran dan mematangkan demokrasi di sesebuah negara itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Zahid berkata setiap negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen perlu mencari pendekatan lain dalam menangani isu perbezaan ideologi politik disamping mengutamakan keperluan serta aspirasi rakyat jelata di sesebuah negara.

“Persidangan sebegini dapat memberi peluang kepada semua negara-negara yang terlibat untuk berkongsi pengalaman dan langkah terbaik untuk menangani sesuatu masalah”, kata beliau.

Beliau berkata demikian semasa berucap di Persidangan Speaker dan Pegawai Dewan Negara-Negara Komanwel yang ke- 23 (CSPOC) di Dewan Undangan Negeri Sabah, di sini, hari ini (11 Januari 2016).

Tambahan beliau, kesediaan untuk mendengar suara rakyat serta memberi tindak balas merupakan salah satu kekuatan dalam sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan