Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hubungan Rapat Malaysia-Indonesia Perlu Dipertingkat

my-id

KANGAR – Kelebihan hubungan rapat antara Malaysia dan Indonesia hendaklah dipelihara dan diperkasakan lagi bagi mewujudkan situasi politik yang stabil.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah persamaan budaya dan bahasa yang menjadi teras dan kekuatan utama kedua-dua negara turut menjadi nilai tambah dalam mengukuhkan hubungan yang memanfaatkan rakyat Malaysia dan Indonesia.

“Kelebihan ini wajar disemarakkan lagi untuk memastikan hubungan sesama pemimpin dipelihara. Segala kebaikan hendaklah ditingkatkan dan kekurangan dicari jalan penyelesaian.

“Jangan sekali-kali biarkan rasa curiga atau berkecil hati merosakkan hubungan ini,” titah baginda pada majlis makan malam yang diraikan Gabenor Acheh, Dr H. Zaini Abdullah dan isteri di kediaman rasminya di Banda Acheh, Indonesia malam tadi.

Turut hadir, Rektor Universitas Ubudiyah Indonesia (UUI), Marniati M. Kes dan Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin.

Kenyataan media Tuanku Syed Faizuddin yang juga Canselor UniMAP dikeluarkan universiti itu di sini hari ini.

Baginda bertitah rakyat akan menerima kesan kemakmuran dan pelbagai aktiviti terutama yang menjurus kepada peningkatan ekonomi apabila hubungan rapat itu berada di tahap terbaik.

Sementara itu, Dr H. Zaini dalam ucapannya mengalu-alukan kedatangan pelabur Malaysia termasuk dari Perlis untuk melihat potensi pelaburan khususnya dalam sektor pendidikan, pertanian, pelancongan dan perikanan di Acheh.

Tuanku Syed Faizuddin yang mengetuai delegasi pegawai kanan UniMAP, tiba di Acheh pada Jumaat dan dijadual merasmikan ‘Halatuju Pelan Strategik UniMAP 2016-2020′ di UUI, Banda Acheh hari ini.

Sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh, baginda dan rombongan meluangkan masa melawat Muzium Tsunami dan Kapal Apung.

Hari ini, selain merasmikan pelan strategik UniMAP itu, baginda akan mengadakan pertemuan berasingan dengan Timbalan Gabenor Walikota (Datuk Bandar) Banda Acheh, kepimpinan UUI dan menyaksikan majlis pecah tanah kincir angin di universiti itu yang merupakan rakan kolaborasi rapat UniMAP. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan