Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hubungan erat polis, sekolah tangani anasir negatif

KENINGAU: Permuafakatan dan hubungan erat di antara pihak berkuasa dan sekolah dapat membendung kegiatan dan pengaruh negatif  luar daripada terus menular di kalangan pelajar.

“Hubungan tersebut adalah amat penting bagi membolehkan pentadbiran sekolah menyalurkan maklumat segera kepada pihak berkuasa mengenai kegiatan kurang sihat ,” kata Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Douglas Nyeging Taong.

Bercakap pada satu program di Sekolah Menengah Kebangsaan Gunsanad di sini hari ini, beliau berkata, pelajar sekolah mudah terdedah dengan anasir jahat yang boleh mendorong salahlaku di kalangan pelajar terbabit.

Dalam pada itu, Douglas berkata, pihak berkuasa sedang mengkaji untuk mewujudkan Kelab Pencegahan Jenayah di setiap sekolah. – Oleh KALAWON SAWING / Sayangsabah

HUBUNGAN ERAT… Douglas bersama pegawai-pegawai kanan polis bergambar kenangan dengan pegawai dan pengetua sekolah. – foto Kalawon Sawing / Sayangsabah
HUBUNGAN ERAT… Douglas bersama pegawai-pegawai kanan polis bergambar kenangan dengan pegawai dan pengetua sekolah. – foto Kalawon Sawing / Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan