Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hubungan dua hala Sabah, Sarawak diperkukuh

Musa Aman (kiri) dan Adenan Satem menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sarawak, malam tadi. - foto Ille Tugimin
Musa Aman (kiri) dan Adenan Satem menghadiri Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sarawak, malam tadi. – foto Ille Tugimin

KOTA KINABALU – Hubungan erat di antara kerajaan Sabah dan Sarawak perlu diperkukuh serta diperkembangkan pada masa akan datang menerusi pelbagai bidang kerjasama ekonomi, sosial dan budaya.

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berkata, kedua-dua negeri itu bukan sahaja berkongsi persamaan dari aspek latar belakang sejarah dan budaya, tetapi juga merupakan negeri contoh dalam amalan konsep 1Malaysia.

“Kita menganggap Sabah dan Sarawak sebagai `adik-beradik’ kerana kita berkongsi banyak perkara. Tambahan pula, peranan ketua menteri ia adalah berbeza dengan menteri besar dari segi bidang kuasanya, malah kalau dibandingkan saiz kedua negeri ini sangat besar iaitu separuh daripada keluasan Borneo.

“Oleh itu, kita mahu hubungan Sarawak dan Sabah dipererat. Umum mengetahui, kebolehan Datuk Seri Musa Aman dalam mempimpin dan membawa negeri ini ke satu tahap kemajuan yang membanggakan,” katanya ketika berucap sempena Majlis Makan Malam Bersama Ketua Menteri Sarawak di sini malam ini.

Majlis berkenaan dihoskan kerajaan negeri ini dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Faridah Tussin; isteri Adenan, Datin Patinggi Jamilah Anu; Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Salleh Said; Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Tan Sri Sukarti Wakiman dan menteri- menteri Kabinet negeri serta ketua-ketua jabatan Persekutuan dan negeri.

Dalam ucapannya, Adenan berkata, integrasi Sabah dan Sarawak dapat dikukuhkan menerusi jalinan kerjasama dalam bidang pelancongan, konservasi dan acara regatta.

Beliau mencadangkan agar kedua negeri mewujudkan pakej pelancongan termasuk penerbangan secara bersama dengan menawarkan tempat-tempat menarik seperti Gunung Kinabalu di Sabah dan Mulu di Sarawak.

“Kita boleh perkenalkan Gunung Kinabalu dan Mulu, saya fikir tiada pakej pelancongan lebih menarik daripada ini iaitu Gunung Kinabalu dan Mulu di Kepulauan Borneo. Jangan tanggalkan nama Borneo kerana pelancong asing terutama orang Eropah mengenali (Sabah dan Sarawak) sebagai Borneo,” ujarnya.

Menyedari Sabah khususnya ibu negeri, Kota Kinabalu yang menjadi tumpuan ramai pelancong asing, Adenan mengakui Sarawak perlu mencontohi kejayaan itu dan dalam masa sama mewujudkan persaingan secara sihat dalam industri pelancongan. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan