Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hubungan diplomatik Malaysia dengan China terus kukuh

12:20pm 14/02/2016 Leolerry Lajius 37 views Tempatan
Suasana ketika majlis tersebut di Dewan Kompleks Sukan Likas.-Gambar Oleh Alex Mairin

Suasana ketika majlis tersebut di Dewan Kompleks Sukan Likas.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Hubungan diplomatik Malaysia dengan China selepas 42 tahun terus kukuh dan menyerlah terutama dalam bidang diplomatik dan ekonomi.

Menurut Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman, hubungan utuh ini merupakan satu pembangunan dan jalinan kerjasama yang bersejarah selepas 42 tahun menjalin hubungan yang dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Abdul Razak.

“Melalui jalinan kerjasama yang erat ini, kita berharap agar lebih banyak syarikat dari China akan melabur di negara ini,”katanya ketika berucap sempena ulang tahun ke-42 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China yang dibuat di Kompleks Sukan Likas semalam.

Tambah beliau, jalinan kerjasama ini akan terus diperkukuhkan dalam pelbagai bidang, terutama sekali dalam bidang pelancongan memandangkan bilangan pelancong dari China yang datang melancong ke negara ini terus meningkat.

Musa turut berkata bahawa Sabah merupakan sebuah tempat yang kaya dengan pelbagai perayaan yang disambut bersama-sama oleh semua masyarakatnya yang majmuk.

“Sambutan perayaan di negeri ini dirayakan bersama-sama oleh seluruh masyarakat walaupun terdiri dari masyarakat yang berbeza budaya dan kepercayaan,”katanya.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan akrobatik yang membuatkan lebih seribu pengunjung terpukau dengan keunikan persembahan tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Musa (Tengah) ketika melancarkan gimik perasmian majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Musa (Tengah) ketika melancarkan gimik perasmian majlis tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan