Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

HSM DISERU TERUS PROAKTIF KESAN PESAKIT HEMOFILIA SELURUH SABAH

Dr Abd Kahar (depan lima kiri) dan Alice (depan lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama peserta Kem Remaja Hemofilia Sabah 2018. Gambar SNT/Alfred Petrus

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berharap Pertubuhan Hemofilia Malaysia (HSM) bahagian Sabah akan terus proaktif dalam mengesan pesakit Hemofilia seluruh negeri.

Pengarahnya Datuk Dr Christina Rundi berkata dengan penganjuran tanggungjawab sosial korporat (CSR) ke seluruh juga harus diteruskan bagi membantu pesakit-pesakit Hemofilia.

“Dengan pengesanan pesakit-pesakit di Hemofilia di seluruh Sabah termasuk kawasan-kawasan pedalaman dilihat ia sebagai usaha untuk mengubah nasib dan membantu mereka berdikari dalam menangani kehidupan dan cabaran-cabaran sebagai seorang pesakit Hemofilia.

“Projek CSR seperti kem ini harus diteruskan kerana ramai pesakit-pesakit Hemofilia di Sabah terdiri dari golongan kurang bernasib baik.

“Mereka sentiasa dahagakan sokongan untuk mengubah nasib mereka kerana rawatan terbaik dan sokongan emosi amat penting kepada mereka yang tinggal di kawasan-kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Kem Remaja Hemofilia 2018 di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Abd Kahar Abd Asis.

Christina melihat, penganjuran kem berkenaan sejak 2014 itu dapat memberi penekanan bukan sahaja kepada rawatan tetapi juga kepada tajuk-tajuk kesihatan lain seperti fisioterapi, penjagaan gigi, penyimpanan ubat yang selamat dan self-infusion pesakit.

Beliau difahamkan hasil daripada aktiviti-aktiviti kem berkenaan, para peserta dilihat dapat membuat perubahan dalam gaya hidup mereka sedikit demi sedikit.

“Ramai antara mereka telah berani membuat self-infusion dan memahami pentingnya rawatan awal untuk mencegah komplikasi.

“Saya juga percaya semua hospital di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) harus bekerjasama dengan HSM bahagian Sabah bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit Hemofilia di sini,” jelasnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan