Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hotel, resort elak diskriminasi terhadap OKU

Sebahagian penuntut OKU di PKK turut tidak ketinggalan menunjukkan bakat mereka dalam persembahan koir menggunkan bahasa isyarat di majlis itu. - foto Aryan De Vera
Sebahagian penuntut OKU di PKK turut tidak ketinggalan menunjukkan bakat mereka dalam persembahan koir menggunkan bahasa isyarat di majlis itu. – foto Aryan De Vera

KOTA KINABALU – Pengusaha pelancongan di negeri ini diminta membuka peluang pekerjaan kepada golongan orang kurang upaya (OKU) khususnya mereka yang mempelajari bidang itu di institusi kemahiran di negara ini.

Saranan itu diberikan oleh Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Kamarlin Ombi, bahawa usaha itu wajar kerana ia dapat membantu golongan berkenaan berdikari.

“Pengusaha pelancongan, termasuk hotel dan resort di negeri ini diharap tidak mengamalkan diskriminasi, sebaliknya memberi peluang lebih luas kepada OKU mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan ilmu dan kemahiran mereka. Sekiranya OKU ini tidak diberi peluang pekerjaan setelah menamatkan pengajian, di mana lagi mereka boleh bekerja untuk meneruskan kehidupan dan mempraktikkan kemahiran dipelajari,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Kempen Galakan Membaca dan Pembudayaan Tulisan Jawi di Politeknik Kota Kinabalu (PKK), di sini hari ini. Hadir sama, Pengarah PKK, Roslee Yahya; Pengerusi Persatuan Pustakawan Malaysia Kumpulan Sabah, Zawawi Tiyunin dan Pengerusi Penganjur yang juga Pustakawan PKK, Ali Rashid.

Dalam pada itu, Kamarlin turut menggesa sektor awam di negeri ini untuk memberi peluang sama kepada OKU berdasarkan kemahiran dan kelayakan yang bersesuaian dengan kemampuan mereka.

Katanya, ada di antara kalangan OKU itu yang terdiri daripada golongan bijak pandai serta mempunyai kelulusan dalam pelbagai bidang sama ada daripada institusi kemahiran atau pun pengajian tinggi (IPT).

“Kita yakin golongan ini mampu memenuhi kriteria, termasuk dapat melaksanakan tugas dengan baik sekiranya ditawarkan jawatan dan pekerjaan di dalam sektor awam yang sesuai dengan kemampuan mereka,” ujarnya.

Dalam pada itu, Kamarlin menyambut baik usaha pihak PKK yang telah menawarkan pengajian dalam bidang pelancongan kepada OKU menerusi pendidikan khas diwujudkan untuk golongan itu. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan