Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hotel Promenade Bintulu anjur majlis makan malam Tahun Baru Cina 2016

8:39pm 20/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 51 views Tempatan
S. Ganapathy berpakaian sebagai Dewa Kekayaan

S. Ganapathy berpakaian sebagai Dewa Kekayaan

KOTA KINABALU- Satu jamuan makan malam anjuran Hotel Promenade Bintulu, Sarawak telah berlansung sempena menyambut kedatangan Tahun Monyet, baru- baru ini.

Majlis tersebut dimeriahkan lagi dengan Pengurus hotel, S. Ganapathy yang memakai kostum Dewa Kekayaan dan lapan orang penyanyi terkenal dari rancangan ‘Astro Classic Golden Melody Singing Competition 2013’termasuklah Leong Li Chan, Thang Hoo Ley, Lee Yu Li, Wilson Leong, Jennifer Chee, Chung Lai Chan, Lee Yat Ming & Johnson Wong.

“Kami menjangkakan sambutan yang hangat yang diterima semasa Majlis Makan Malam Gala Tahun Baru Cina 2016 di Hotel Promenade Bintulu akan berterusan di Hotel Promenade Kota Kinabalu pada hari jumaat ini, 22 Januari dengan persembahan istimewa daripada penyanyi pop Hakka terkenal dan ‘Face Mask Changing God’”, kata Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran, Anita Chung.

Disamping itu, majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Besar hotel tersebut, Adrian Ng. Beliau berkata kesemua bilik dan suite di Hotel Promenade Kota Kinabalu telah selesai diubah suai dengan reka bentuk kontemporari dan upacara pecah tanah Hotel Promenade Kuching yang berlansung baru-baru ini merupakan satu permulaan di kawasan tersebut.

Selain itu, beliau turut berkata pihak pengurusan memohon sokongan yang berterusan daripada rakan kongsi perniagaan, pelanggan tetap serta pengunjung kepada Promenade Group agar dapat memastikan hotel tersebut kekal di industri hospitaliti dalam dan luar negara.

Sehubungan itu, Hotel Promenade Kota Kinabalu telah menyediakan pelbagai menu sempena Tahun Baru Cina pada 8 dan 9 Febuari, depan termasuklah “Ballroom Dim Sum”, “Treasure Pot”, “Prosperity ‘Yee Sang’” yang dihidangkan bersama minyak zaitun. Set Tahun Baru Cina tersebut boleh didapati dengan harga RM1,388 bagi setiap meja untuk 10 orang dan RM988 bagi setiap meja untuk lima orang. – Oleh Elezebeth Esther/ SayangSabah

Para artis bersama Adrian Wei (tengah), Anita Chung (lima dari kanan) dan Alexander Wong (empat dari kiri) semasa Majlis Makan Malam Gala sempena Tahun Baru Cina di Hotel Promenade Bintulu

Para artis bersama Adrian Wei (tengah), Anita Chung (lima dari kanan) dan Alexander Wong (empat dari kiri) semasa Majlis Makan Malam Gala sempena Tahun Baru Cina di Hotel Promenade Bintulu

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan