Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,751

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hotel Promenade anjur Latihan Pemantapan Kawad ERT Bomba 

2:12pm 05/01/2016 Elezebeth Esther Onjining 72 views Tempatan
Para peserta Latihan Pemantapan Kawad ERT Bomba peringkat Negeri Sabah 2015

Para peserta Latihan Pemantapan Kawad ERT Bomba peringkat Negeri Sabah 2015

KOTA KINABALU- Seramai 10 orang kakitangan dari Hotel Promenade, disini telah berjaya menyempurnakan Latihan Pemantapan Kawad ERT Bomba Peringkat Negeri Sabah 2015.

Pengurus Residen Hotel Promenade, Lim Seong Beow mengucapkan tahniah kepada kesemua peserta atas usaha mereka dan mengeesa agar latihan tersebut dapat diadakan pada masa hadapan

“Kerjasama antara pasukan keselamatan yang diketuai Encik Azli Haji Muhammad dan Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu diteruskan agar pasukan ERT hotel ini sentiasa bersedia apabila diperlukan”, katanya.

Beliau berkata demikian semasa memberi ucapan alu- aluan di Pusat Dagangan Sabah, baru-baru ini.

Latihan selama satu hari tersebut telah melibatkan beberapa jenis latihan kawad termasuklah Kawad Operasi Basah 300 kaki 2 Pancutan, Kawad Operasi Peralatan Kebombaan, Kawad Operasi Iron Man dan Kawad Operasi Fireman Lift.

Disamping itu, Penolong Penguasa Bomba, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sabah, Riki Mohan Singh Ramday telah menyampaikan sijil kepada kesemua perserta dalam sebuah majlis yang ringkas di “Mawar Room”, Hotel Promenade.- Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan