Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hotel Karakit menjadi mercu tanda di Pulau Banggi

10:48am 03/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 1372 views Berita Pilihan,Pelancongan,Tempatan
Hotel Karakit

Hotel Karakit

KUDAT- Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) telah mengambl inisiatif untuk membina sebuah bangunan hotel berkonsepkan bangunan kedai dan hotel itu dijangka akan mula beroperasi pada awal bulan Mei tahun ini.

Pembinaan hotel yang dinamakan Hotel Karakit itu bertujuan bagi memperkenalkan Pulau Banggi, yang terletak di bahagian utara Sabah berdekatan dengan Teluk Marudu, disini.

Selain itu, pulau tersebut merupakan pulau terbesar di Malaysia yang mana ia mempunyai keluasan sebesar 440.7 km persegi.

Walau bagaimanapun, masih ramai yang kurang mengenali secara terperinci mengenai pulau itu.

Sementara itu, hotel yang mula dibina sejak Ogos 2013 oleh Perkasa Reality Sdn Bhd iaitu salah sebuah anak syarikat SEDCO itu merupakan hotel pertama dibina di pulau berkenaan.

Kedudukannya yang strategik iaitu terletak berdekatan dengan jeti feri, hotel tersebut juga mempunyai 17 buah bilik.

Pengurus Operasi Perkasa Reality Sdn Bhd, Mat Saidi Minting berkata, bangunan itu dibina mengikut piawaian yang telah ditentukan oleh kerajaan itu menjadi satu mercu tanda baharu di pulau berkenaan.

“Diharapkan dengan adanya hotel ini ia akan menjadi batu loncatan bagi pekan karakit ini untuk terus maju seterusnya menjadi penyumbang kepada kemajuan pulau Banggi,” katanya.

Pemandangan sekitar Hotel Karakit

Pemandangan sekitar Hotel Karakit

Menurut beliau, SEDCO juga bercadang untuk membina hotel baharu yang dibuat kira-kira empat kilometer dari pekan Karakit.

Beliau memberitahu, projek itu juga telah dimasukkan dalam senarai dalam Rancangan Malaysia ke-11.

“Memang kita nampak keperluan tempat tinggal menjadi kesukaran, penginapan hotel yang selesa di pulau ini,oleh itu rancangan untuk menambah hotel baharu adalah perlu.

“Kita hanya menunggu peruntukan dari kerajaan, dan saya juga difahamkan bahawa, kerajaan dapat melihat potensi perkembangan pekan Karakit ini di masa akan datang,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, bagi menyokong perkembangan sektor pelancongan di kawasan terbabit, beliau telah berbincang dengan pengurus-pengurus hotel untuk berkerjasama menyediakan pengangkutan untuk membawa pelancong melawat tempat-tempat menarik.

Sementara itu, pengurus Hotel Karakit, James Kadai berkata, pembinaan hotel berkenaan boleh memudahkan pengunjung yang datang ke pulau tersebut.

James (kanan) bersama Mat Saidi (dua kanan) dan Naib Ketua UMNO Kudat, Akram Ismail (kiri) meninjau keadaan bangunan Hotel Karakit

James (kanan) bersama Mat Saidi (dua kanan) dan Naib Ketua UMNO Kudat, Akram Ismail (kiri) meninjau keadaan bangunan Hotel Karakit

“Di sini memang ada homestay dan rumah rehat yang disediakan namun kita mahu pengunjung dapat tinggal di satu tempat yang lebih selesa dengan kemudahaan yang disediakan,” katanya.

Menurutnya, kunci bangunan juga sudah diberikan dan proses pembersihan akan dilakukan sebelum ia mula beroperasi sepenuhnya.

Beliau berharap dengan adanya hotel itu ia boleh menarik lebih ramai pengunjung ke pulau berkenaan seterusnya memajukan lagi sektor pelancongan di pulau tersebut.-SayangSabah

IMG20160225111602

Mat Saidi (lima kanan) bersama Akram dan James berserta rombongan meninjau keadaan bangunan hotel Karaki

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan