Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hotel Hilton Kota Kinabalu bukti pelabur yakin terhadap Sabah

 

Musa (tengah) ketika melancarkan gimik perasmian hotel berkenaan. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pembukaan cawangan Hotel Hilton di negeri ini menjadi bukti bahawa pelabur yakin terhadap potensi yang terdapat di Sabah.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman berkata, Hotel Hilton ini boleh dijadikan sebagai mercu tanda keyakinan pelabur asing terhadap negeri ini.

“Kerajaan Negeri menyambut baik pembukaan cawangan Hotel Hilton di negeri ini dan kita yakin hotel ini akan menjadi salah satu penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi di negeri ini.”

“Hotel ini bukan sahaja merupakan tambahan kepada lanskap yang baru di bandaraya ini malah menjadi bukti keyakinan pelabur asing untuk melabur di negeri ini,”katanya ketika menyampai ucapan sempena Majlis Perasmian Hotel Hilton, di sini, semalam.

Beliau turut menyatakan bahawa, dengan adanya hotel ini permintaan tempat penginapan dalam kalangan pelancong yang semakin meningkat di negeri ini akan dapat ditampung.

“Pada tahun lalu, jumlah pelancong yang datang ke negeri ini adalah seramai 3.43 juta orang dan telah menjana pendapatan sebanyak RM7.25 bilion dan ia telah melepasi rekod terbaik kedatangan pelancong pada tahun 2013 iaitu seramai 3.38 juta,”katanya sambil menambah China kekal sebagai penyumbang utama iaitu sebanyak 33.2 peratus.

Tambah Musa, Kerajaan Negeri juga akan terus komited dalam usaha membangunkan industri pelancongan di negeri ini dengan penyediaan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan.

“Sejajar dengan usaha kita hendak membangunkan industri pelacongan, permintaan terhadap perkhidmatan tempat penginapan akan terus meningkat dan ia amat bersesuaian dengan pembukaan cawangan Hotel Hilton di negeri ini,”katanya.

Hotel berkenaan mempunyai 305 buah bilik dan merupakan cawangan kesembilan di Malaysia.-Oleh Leolerry Lajius/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan