Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hotel Guna Khidmat Robot Di Jepun

robot jepun

Tokyo – Sebuah hotel yang menggunakan khidmat robot dijangka dibuka pada 17 Julai depan di Huis Ten Bosch, di wilayah Nagasaki.

“Hotel itu akan menggunakan sistem pengecam muka dan bukannya kunci bilik biasa, selaras dengan perkembangan teknologi,” lapor akhbar Japan Times

Penggunaan robot itu, termasuk menyediakan perkhidmatan porter, membersihkan kamar dan perkhidmatan lain bertujuan mengurangkan kos dan memaksimumkan keselesaan.

Bercakap pada satu sidang akhbar di sini, presiden syarikat Hideo Sawada berkata, “kami akan membina hotel yang paling cekap di dunia. Pada masa depan, kami bercadang menggunakan robot untuk 90 peratus perkhidmatan hotel.”

Menurutnya, pelanggan akan dicaj sebanyak 7,000 yen (RM290) untuk satu bilik sementara harga untuk dua bilik ialah kira-kira 9,000 yen (RM360). – Agensi

Komen


Berita Berkaitan