Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,636

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hotel Di Tawau Penuh Ditempah Sempena Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan

3:55pm 04/08/2016 Pak Roshan 425 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

hotel

TAWAU : Hotel-hotel utama di Tawau penuh ditempah sempena Hari Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat kebangsaan 2016 yang dijadual berlangsung pada Sabtu malam.

Penyelia Kaunter Hadapan Hotel King Park Muliyadi Muslimin berkata kesemua 101 bilik di hotel sembilan tingkat itu habis ditempah mulai Selasa hingga Ahad ini.

“Kami menerima tempahan sejak Jun dan Julai lalu termasuk daripada jabatan kerajaan. Semua bilik sudah habis ditempah dan penuh hingga Ahad ini,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, kakitangan kaunter hadapan Shevrinton Executive Boutique Hotel Zuraini Arsat berkata semua 100 bilik di hotel itu juga habis ditempah.

Memandangkan mereka masih menerima banyak panggilan telefon untuk membuat tempahan bilik, mereka membantu dengan memberikan nombor telefon hotel lain di sekitar bandar Tawau.

Beliau berkata lokasi Shevrinton Executive Boutique Hotel yang terletak berhampiran bangunan Majlis Perbandaran Tawau (MPT) menjadi antara faktor ramai membuat tempahan di hotel itu memandangkan hari pelancaran bulan kebangsaan diadakan di perkarangan bangunan MPT.

Buat julung kalinya, Sabah dipilih menjadi tuan rumah hari pelancaran itu dan Tawau yang terletak kira-kira 555 kilometer dari ibu negeri terpilih sebagai lokasi pelancaran.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan