Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hotel dan Pusat komersil di iktiraf tanpa sampah

Mayor Datuk Abdin Madingkir
Mayor Datuk Abdin Madingkir- Photo Sayangsabah arkib
KOTA KINABALU: Likas Square Apartment Hotel and Commercial Centre berjaya mendapat pengiktirafan semula daripadaDewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) sebagai hotel apartmen dan pusat komersil tanpa sampah.
Mayor Bandaraya Datuk Abidin Madingkir berkata, hotel dan pusat komersil itu yang mendapat pengiktirafan sebagai Hotel Apartmen dan Pusat Komersil Tanpa Sampah yang pertama pada tahun 2008 terus menjadi role model kepada hotel apartmen dan pusat komersil yang lain di bandaraya.
“Saya berharap hotel apartmen dan pusat komersil yang lain di bandaraya akan menyertai kempen ini dan membantu DBKK memperluaskan lagi kawasan tanpa sampah di bandaraya,” katanya. ketika berucap sempena Pengiktirafan Semula Likas Square Apartment Hotel dan Commercial Centre sebagai Hotel Apartment dan Pusat Komersil Tanpa Smpah, di Likas Square, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengurus Besar Likas Square Apartment Hotel and Commercial Centre David Kong, Pengarah Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandaraya DBKK Robert Lipon, para pegawai DBKK dan warga kerja pusat komersil Likas Square.
Abidin berkata, selain mendapat pengiktirafan hotel apartmen tanpa sampah, Likas Square Apartmen Hotel juga aktif melaksanakan Kempen Anti Kutu Sampah dan program kitar semula.
“Ini membuktikan memang tidak dinafikan, Likas Square Apartment Hotel and Commercial Centre telah mengamalkan persekitaran yang bersih,” katanya.
Beliau berkata jumlah keseluruhan premis tanpa sampah yang diiktiraf oleh DBKK setakat ini ialah 139 buah premis, sejak Kempen Anti Kutu Sampah DBKK dilancarkan pada tahun 2008.-Monica Gidung/Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan