Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,733

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hotel Avangio membuat lawatan ke SayangSabah sempena Krismas 

5:28pm 22/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 55 views Tempatan
Ketua editor Sayang Sabah, Anna Vivienne (kanan) menerima cenderahati daripada Vivian (kiri) dan disaksikan oleh staf SayangSabah. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

Ketua editor Sayang Sabah, Anna Vivienne (kanan) menerima cenderahati daripada Vivian (kiri) dan disaksikan oleh staf SayangSabah. Foto oleh Jimmy Tan/SayangSabah

KOTA KINABALU- Sempena perayaan Hari Natal, Hotel Avangio yang telah diwakili oleh Pengarah pemasaran, Vivian Chu telah membuat lawatan ke SayangSabah, di sini, hari ini.

Mereka telah memberikan cenderahati kepada pihak SayangSabah sebagai penghargaan keatas kerjasama pihak media ini dalam mempromosikan  sektor perhotelan dan pelancongan.
Lawatan ini merupakan acara tahunan pihak hotel untuk memberikan penghargaan kepada semua pihak media.
Pihak hotel Avangio telah menyediakan beberapa promosi sempena Krismas dan juga sempena Tahun Baru yang akan datang.
Orang ramai boleh menikmati hidangan makan malam dengan harga serendah RM 78 dan RM 88. Mereka yang berminat boleh menelefon 088 536888 untuk membuat tempahan -Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan