Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hostel St. Theresa dan De La Salle Mohon Bantuan

St Theresa & De La Salle

Sebahagian daripada penghuni Hostel St. Theresa dan De La Salle yang memerlukan bantuan.

KOTA MARUDU – Hostel St. Theresa dan De La Salle hari ini memohon bantuan daripada orang ramai terutamanya pihak kerajaan untuk membantu usaha mereka dalam memperbaiki kehidupan anak-anak tempatan.

Hostel St. Theresa menempatkan pelajar-pelajar perempuan ini telah beroperasi sejak 1995, manakala De La Salle pula mula menerima penghuni lelaki sejak 2005.

Buat masa ini, dua orang rahib yang bertanggungjawab ke atas kedua-dua hostel disokong oleh empat orang kakitangan sepenuh masa dan tiga orang pekerja sambilan.

Kedua-dua hostel ini menempatkan seramai 51 orang penghuni yang terdiri daripada kanak-kanak dan remaja yang berusia dari 5 hingga 19 tahun.

Kanak-kanak ini terdiri daripada anak-anak yatim, golongan miskin tegar dan juga anak kepada ibu-ibu tunggal daripada seluruh pelusuk negeri.

Seorang anak penoreh getah, Lawrence Majiwis, 13, berkata dia perlu menaiki kenderan pacuan empat roda selama lapan jam dan berjalan kaki selama empat jam untuk sampai ke kampungnya yang terletak di Sonsogon Magandai, Kota Marudu.

Dia amat berterima kasih kepada pihak hostel kerana memberikannya tempat berteduh bagi meneruskan azam untuk menjadi seorang anggota bomba apabila dewasa.

Walaupun bergantung sepenuhnya kepada sumbangan daripada orang perseorangan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat, kedua-dua hostel ini telah berjaya melahirkan seorang graduan Ijazah Pengajian Antarabangsa daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS).

“Kedua-dua hostel amat memerlukan bantuan kerana penghuni hostel yang semakin bertambah,” menurut Ketua Pentadbir Hostel, Sister Rose C. Ginibin ketika ditemui.

“Kami mengalu-alukan kedatangan pihak berkenaan, orang ramai dan terutamanya para pelawat untuk berusaha membantu kami bagi membela masa depan kanak-kanak yang malang ini,” ujarnya lagi. – Sukri/ SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan