Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,664

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hospital Tuaran Capai 80 Peratus Khidmat Pesakit Sejak Beroperasi

10:15am 23/07/2016 Pak Roshan 11 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Hospital Tuaran

Hospital Tuaran

TUARAN : Hospital Tuaran Fasa 2 mencapai sebanyak 80 peratus perkhidmatan pesakit dalam tempoh hampir setahun memulakan operasi secara rasmi, kata Pengarahnya Dr. G. Mohan.

“Peningkatan kedatangan pesakit untuk menerima rawatan di hospital ini adalah bukti kepercayaan mereka terhadap kemudahan dan perkhidmatan perubatan yang kami berikan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya peringkat hospital, yang turut dihadiri Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Hajiji Noor, di sini malam tadi.

Menurut Mohan, hospital berkenaan telah memulakan Pusat Rawatan Harian bagi kanak-kanak Thalasemia pada awal Jun lalu dan akan menerima pesakit secara berperingkat-peringkat.

Berucap pada majlis itu, Hajiji yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sulaman berharap kemudahan dan peralatan perubatan canggih yang terdapat di hospital berkenaan akan dapat memberi manfaat kepada pesakit yang menerima rawatan sekali gus membantu dalam meningkatkan taraf kesihatan penduduk setempat.

“Kementerian Kesihatan sentiasa berusaha mempertingkat perkhidmatan kesihatan kepada orang ramai selain memberi perhatian khusus kepada mereka yang memerlukan rawatan,” katanya.

Mengenai majlis, Hajiji berkata ini adalah kesempatan terbaik untuk mengeratkan hubungan persahabatan antara kakitangan selain platform mengukuhkan lagi kerjasama antara mereka.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan