Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hospital terbakar, 31 terbunuh

9:42am 25/12/2015 Pak Roshan 12 views Global
ANGGOTA bomba memeriksa keadaan dalam hospital selepas kebakaran dipadamkan.

ANGGOTA bomba memeriksa keadaan dalam hospital selepas kebakaran dipadamkan.

Riyadh: Sekurang-kurangnya 31 orang mati dan 107 cedera dalam satu kebakaran di sebuah hospital di selatan Arab Saudi.

Dalam laman Twitternya, agensi jabatan pertahanan awam berkata, kebakaran berlaku di unit rawatan rapi dan jabatan bersalin Hospital Besar Jazan, setelah bermula di wad kanak-kanak.

“Kebakaran sudah dipadamkan dan siasatan mula dilakukan untuk mencari punca kejadian,” kata jabatan itu.

Akhbar Alriyadh pula memetik jurucakap jabatan itu sebagai berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kebakaran berkenaan jam 2 pagi semalam (7 pagi waktu Malaysia).

Pada 10 Ogos lalu, 10 orang mati dan 259 cedera dalam kebakaran di sebuah kompleks kediaman yang disewa syarikat minyak negara itu, Aramco, di Wilayah Timur.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan