Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hospital Queen Elizabeth adakan seminar mengenai penyakit Hepatisis

3:43pm 18/12/2015 Dewiana Tinggolongon 31 views Kota Kinabalu,Tempatan

drchristina2

KOTA KINABALU-  Satu seminar diadakan bagi memberi pendedahan kepada para doktor di hospital Queen Elizabeth mengenai penyakit Hepatisis B dan c.

Seminar selam sehari itu dianjurkan dengan kerjasama di antara Hospital Queen Elizabeth dan International Coalition of Hepatology Education Providers (IC-HEP).

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Dr. Christina Rundi berkata seminar itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada para doktor mengenai kepentingan pengurusan rawatan bagi penyakit berkenaan.

“Dalam seminar ini ia melibatkan ceramah dan perbincangan mengenai penyakit berkenaan dan penceramah jemputan adalah dijemput khas dari IC-HEP,” katanya ketika ditemui oleh media di sini hari ini (Jumaat).

Menurutnya, kesedaran mengenai kepentingan rawatan dan penyakit itu adalah penting bagi mengurangkan  jangkitan yang berlaku dalam kalangan orang ramai.

Katanya, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menjalankan satu saringan terhadap orang ramai mengenai  penyakit itu dan didapati berlaku peningkatan dalam kalangan masyarakat.

“Peningkatan ini mungkin disebabkan oleh saringan yang dijalankan, dan semakin banyak saringan kemungkinan jangkitan berkenaan,” ujarnya.

Christina menjelaskan bahawa, penyakit itu adalah penyakit berjangkit yang mampu diatasi daripada berjangkit.

Katanya, penyakit berkenaan boleh merosakkan hati sehingga menyebabkan kematian kepada pesakit.

“Bagi mengatasi masalah ini ialah melalui pemberian vaksin kepada bayi bagi mencegah penyakit tersebut, di samping itu bagi sesiapa yang belum menerima imunisasi itu diharap melakukannya.

“Kami harap orang orang ramai boleh dilindungi melalui  pemerikan vaksin dan memastikan anak diberi vaksin dan mengamalkan gaya hidup yang sihat supaya mereka tidak dijangkiti,” katanya.

Dalam pada itu beliau memberi nasihat agar orang ramai mengamalkan gaya hidup sihat dan mengelakkan aktiviti-aktiviti yang berisiko untuk mendapat jangkitan penyakit itu.

Tambah beliau, diharap para doktor yang mengikuti ceramah itu dapat menambah ilmu mereka seterusnya memberi pengetahuan kepada masyarakat dan pesakit akan bahayanya penyakit berkenaan.- Oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan