Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hospital perlu 300 pain darah sehari, Jom Derma Darah!

BSMM Sabah bergambar bersama pihak penaja untuk kempen derma darah.

KOTA KINABALU: Bagi memenuhi keperluan sebanyak 300 pain darah sehari, Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Sabah akan mengadakan kempen derma darah pada untuk disalurkan kepada Unit Tabung Darah Hospital Queen Elizabeth (HQE) II.

Kempen yang dijadualkan akan diadakan pada 29 April depan di Oceanus Waterfront Mall menyasarkan 200 pain darah bagi menampung keperluan pesakit Thalasemia dan mangsa kemalangan yang memerlukan rawatan d hospital kerajaan.

Pegawai Seranta, Unit Tabung Darah HQE II, Jorimin Langap berkata, orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai kempen ini bagi menampung kekurangan stok bekalan tabung darah yang dijangka akan berkurangan menjelang bulan Ramadan.

“Kekurangan ini akan berterusan menjelang Hari Raya Aidil Fitri, cuti umum dan cuti persekolahan.

“Kebiasaannya, dalam tempoh itu katanya orang ramai akan aktif berurusan dengan Hospital Kerajaan kerana ruang dan masa ketika itu, sangat selesa bagi orang ramai berbuat demikian.

“Sehubungan dengan kempen itu, Unit Tabung Darah memerlukan masa dua hingga tiga minggu untuk stok darah mereka kembali ke paras selamat setelah kekurangan stok darah pada awal Shawal,”ujarnya.

Harapannya, kempen yang akan diadakan nanti akan memberi impak yang positif dalam usaha menyedarkan orang ramai agar menyokong dan seterusnya menderma darah.

Dalam pada itu, pihak Sazarice Sdn Bhd yang merupakan antara penaja kempen tersebut akan menyumbangkan 200 kilogram beras kepada 200 penderma.

Almacrest International College pula akan menyediakan sukarelawan di kalangan pelajarnya bagi membantu sepanjang kempen tersebut berlangsung.

Turut menaja, Ford Ranger Owner’s Club Borneo Region, Sabah Tour Guide Charity Team, Multijuta Enterprise serta Tung- E Enterprise.

Hadir sama Pengerusi Derma Darah BSMM Negeri Sabah, Jismil Yakob; Setiausaha Kehormat BSMM Negeri Sabah, Elizabeth Sikayun; Timbalan Pengerusi Derma Darah BSMM Negeri Sabah merangkap Pengerusi Penganjur Program Derma Darah, Leslie Chan Boon Siang; Ketua Pegawai Eksekutif Almacrest International College, Stephanie Yen; Ketua Jabatan Jualan dan Pemasaran Sazarice Sdn Bhd, Rayner Kilik./Unit MAMS, PENERANGAN

Jorimin (kanan) mensasarkan 200 pain darah dapat dikumpul dalam kempen ini.

Komen


Berita Berkaitan