Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,639

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hospital Labuan Terima Tiga Lagi Mesin Hemodialisis

12:58pm 20/08/2016 Pak Roshan 79 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

hospital

LABUAN : Pesakit buah pinggang boleh mengharapkan rawatan yang lebih baik di Pusat Hemodialisis Hospital Labuan di sini, berikutan penambahan tiga lagi kemudahan mesin hemodialisis yang disumbangkan Maybank International (L) Ltd, bernilai RM135,000.

Mesin baharu itu melengkapkan kemudahan 23 mesin hemodialisis yang sedia ada di hospital berkenaan bagi memenuhi keperluan 90 pesakit dan 14 lagi dalam senarai menunggu.

Pengerusi Maybank International Datuk Johan Ariffin berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat bank berkenaan demi membantu masyarakat setempat.

“Kami berharap dapat membantu dalam meningkatkan taraf hidup penduduk di sini.

“Kami sangat berbangga kerana dapat menyumbang,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan mesin berkenaan di sini, Jumaat.

Setakat ini, Maybank International telah menderma sebanyak lapan mesin sejak 2012.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata mesin baharu itu akan dapat memudahkan pusat berkenaan dan mengatasi kesukaran yang dihadapi selama ini.

“Kami sedang berusaha memohon dana untuk mengembangkan pusat hemodialisis ini,” katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan