Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hospital Labuan Perkukuh Khidmat Mesra Pesakit

hoslbu

LABUAN – Hospital Nukleus Labuan mengorak langkah dalam perkhidmatan kesihatannya dengan memperkenalkan khidmat mesra pesakit.

Walaupun pendekatan ini bukan asing di kebanyakan hospital kerajaan di negara ini, ia kini diperkukuh dan dimantapkan di hospital minor pakar ini.

Pakar klinikalnya Dr Vinoth Kasi Rajan ketika ditemui Bernama berkata pendekatan khidmat mesra pesakit bukan sahaja mampu mendekatkan hubungan antara pesakit dan pakar perubatan, malah mengubah suasana hospital untuk membolehkan proses rawatan berjalan lebih lancar dan berkesan.

“Kita tidak harus membiarkan pesakit berada dalam keadaan trauma dan dilema dengan penyakit yang dialami mereka.

“Sebagai pihak bertanggungjawab memastikan proses rawatan mengikut garis panduan, kami akan berusaha mendekatkan diri dengan pesakit dan cuba mengurangkan tekanan yang dihadapi mereka,” katanya.

Dr Vinoth berkata beliau bersama pakar perubatan lain akan sentiasa memastikan jadual untuk bersama pesakit khususnya yang mengalami penyakit kronik, berjalan lancar.

“Kita akan cuba membantu mengurangkan tekanan yang dialami pesakit dan mahu mereka mengikut jadual pengambilan ubat untuk melancarkan proses rawatan,” katanya.

Dr Vinoth turut memberi motivasi kepada kakitangan perubatan lain seperti jururawat untuk sama-sama mengambil pendekatan mesra pesakit sebagai usaha hospital itu menuju ke arah perkhidmatan berkualiti demi kepuasan pesakit.

Pengarah Kesihatan Labuan Dr Ismail Ali berkata perjumpaan bersama kakitangan kejururawatan sering diadakan bagi memastikan mereka menerap nilai mesra pesakit.

“Pendekatan ini sangat penting bagi memastikan kepuasan perkhidmatan khususnya di hospital kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan