Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hospital Gleneagles bantu kurangkan beban hospital kerajaan rawat pesakit

8:05pm 02/11/2015 Dewiana Tinggolongon 64 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

MusaAman1KOTA KINABALU- Penubuhan Hospital Gleneagles kota Kinabalu dilihat mampu membantu mengurangkan beban hospital kerajaan untuk merawat pesakit yang semakin meningkat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Musa Aman berkata, peningkatan jumlah pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti kenser, penyakit jantung dan sebaginya menjadi tekanan besar kepada hospital kerajaan untuk menanganinya.

“Dengan adanya hospital ini diharapkan ia mampu membantu lebih ramai pesakit di sini walaupun masih banyak yang memilih meminta rawatan di hospital kerajaan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pembukaan Rasmi Hospital Gleneagles di sini hari ini.

Menurutnya, kelengkapan hospital berkenaan yang memiliki sebanyak 200 katil, peralatan teknologi canggih akan mampu memberi keselesaan rawatan kepada pesakit.

Beliau juga percaya bahawa penubuhan hospital itu bukan sahaja dapat memenuhi permintaan dan menambah pilihan perkhidmatan di negeri ini, tetapi ia juga berupaya menjadikan Sabah sebagai hab perubatan di rantau ini.

Jelasnya lagi, kebanyakan kakitangan di hospital berkenaan adalah warga tempatan yang siap sedia memberikan perkhidmatan berdasarkan peluang yang ada.

Dalam pada itu, Musa turut menasihati masyarakat agar terus mengamalkan gaya hidup sihat termasuklah mengawal stres,pemakanan seimbang dan mengamalkan senaman.

Beliau juga berharap agar hospital swasta juga giat mengadakan program-program berbentuk pemeriksaan kesihatan terhadap orang ramai. –oleh Dewiana Tinggolongon / sayangsabah.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan