Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hosiani dinobatkan juara Unduk Ngadau bawa pulang hadiah bernilai lebih RM80 ribu

PENAMPANG: Hosiani James Jaimis yang mewakili daerah Inanam dinobatkan sebagai ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018 di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA).

Kemenangan itu, mendapat saingan sengit daripada 45 lagi peserta lain yang tidak kurang hebatnya namun nampaknya aura gadis yang mendapat jolokan ‘Marian Rivera Sabah’ itu lebih menyerlah.

Hosiani yang telah mengalahkan 45 peserta Unduk Ngadau yang lain telah membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM86,050.

Hosiani atau lebih mesra sebagai Keewon tidak dapat menahan air mata kegembiraan saat dimahkotakan oleh juara Unduk Ngadau 2017 Kerinah Mah.

Turut menyampaikan hadiah isteri Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau iaitu Datin Seri Dr Jaina Sintian sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pesta Kaamatan Negeri 2018.

Tempat kedua pula disandang oleh peserta Unduk Ngadau Sherrylyn Jane Rannytho yang mewakili daerah Penampang dan membawa pulang hadiah bernilai RM22,900.00.

Manakala tempat ketiga disandang oleh peserta Vanessa Audrey Gilbert yang mewakili daerah Putatan dan membawa pulang hadiah berjumlah RM14,500.00./SayangSabah

Hosiani James Jaimis yang mewakili daerah Inanam dinobatkan sebagai ratu Unduk Ngadau sempena sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri 2018 di Dewan Hongkod Koisaan (KDCA).-Gambar Oleh Alex Mairin

Komen


Berita Berkaitan