Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hormat tempoh edah

riza

Segalanya sudah terjawab. Dalam keadaan tenang tanpa kehadiran media di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Izreen Azminda Aznam, 29, dijatuhkan talak satu oleh lelaki yang pernah menjadi belahan jiwanya selama dua tahun, Muhammad Riza Baharuddin, 31.

Sebaik talak dijatuhkan, rasmi wanita yang menggunakan nama pentasnya sebagai Izreen Azminda menjadi ibu tunggal buat seorang cahaya mata, Adrian Umar, 10 bulan. Izreen dan Riza berkahwin pada 31 Ogos 2012.

Tidak mahu kisah ini dipanjangkan, Izreen mahu semua pihak menghentikan cerita bukan-bukan yang mengaitkan dirinya ataupun Riza. Dalam perbualan bersama Hits, Izreen berkongsi rasa.

Kenapa ini berlaku? Apa punca perpisahan sebenarnya ni?

IZREEN: Pertama sekali, saya minta hentikan cerita bukan-bukan, yang mengaitkan diri saya mahupun Riza dengan perkara tidak benar. Berilah kami ruang untuk meneruskan hidup dan membesarkan anak dengan cara berasingan. Punca perceraian saya tidak mahu dedahkan. Biar kami sahaja yang tahu.

Penerimaan keluarga bagai mana? Keluarga saya memberi kebebasan kepada saya untuk membuat keputusan. Jadi, mereka semuanya okay sahaja.

Cakap soal anak, hak penjagaan macam mana?

Kami bercerai atas persetujuan bersama. Jadi, saya tidak mahu membuat sebarang tuntutan daripada bekas suami termasuk soal penjagaan anak walaupun secara mutlaknya, hak jagaan anak adalah milik saya. Riza boleh ambil Umar bila-bila masa dia mahu. Saya tidak pernah menghalang dan saya tidak mahu berebut soal itu.

Bagaimana dengan tempoh edah?

Tempoh edah adalah selama tiga bulan. Bagi menghormatinya, saya akan lebih banyak menjaga tingkah laku. Saya akan cuba mengelak daripada melakonkan terlalu banyak adegan mesra dengan pelakon lelaki lain, tidak manis. Kalau bercuti tiga bulan itu tidak bolehlah, sebab ini mata pencarian, saya masih perlu bekerja. Jujur, saya mahu ambil yang positif untuk ke hadapan.

Selepas bercerai, bagaimana perasaan?

Saya rasa lega kerana semua kemelut dapat diselesaikan dengan baik. Lagipun, sebelum bercerai kami diberi peluang untuk bermaafan-maafan. Kami masih boleh berkawan baik. Ini adalah jalan yang terbaik bagi saya dan bekas suami untuk tidak membuat anak berasa jauh daripada kami. Anak adalah penguat buat saya selain keluarga dan kawan-kawan.

Harapan kepada bekas suami?

Apa yang saya harapkan tidaklah besar. Saya cuma mahu bekas suami sentiasa jalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan baik. – UTUSAN ONLINE

Komen


Berita Berkaitan