Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Hormat-menghormati punca perpaduan

Liew Sui Fat sedang menyampaikan ucapannya.
Liew Sui Fat sedang menyampaikan ucapannya.

KOTA KINABALU- Sikap saling menghormati budaya yang wujudkan di antara rakyat dan pemerintah menjadi teras kepada perpaduan masyarakat di Sabah.

Presiden Dong Zong Sabah, Datuk Andrew Liew Sui Fat, berkata, sikap saling menghormati ini merupakan warisan turun-temurun yang perlu menjadi ikutan kepada kaum Cina Hakka walau di mana mereka berada.

“Sabah merupakan sebuah negeri yang mempunyai pelbagai budaya dan kaum dan mempunyai keuniknya iaitu mempunyai destinasi pelancongan yang sangat menarik,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perasmian Dewan Hakka Baharu Sabah dan Makan Malam Perpisahan, di sini, malam tadi.

Beliau berharap, bangunan Hakka Sabah baharu itu dapat memberi pengetahuan kepada orang ramai tentang keunikan persekitaran Sabah.

“Bangunan ini sebagai platform bagi menarik lebih ramai pelawat untuk datang berkunjung dan mengenali budaya kaum Hakka di Sabah dengan lebih dalam lagi seterusnya membantu meningkatkan taraf ekonomi negara,” katanya

Katanya, sambutan bangunan baharu itu merupakan kebanggaan yang tidak dapat dilupakan kerana ia merupakan tanda kejayaan besar disamping menjadi peringatan kepada tempat asal, dan membantu mengekalkan tradisi dan semangat membangunkan budaya dan pendidikan. – oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir (tiga darikiri) turut hadir dalam majlis itu
Datuk Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir (tiga darikiri) turut hadir dalam majlis itu

 

Komen


Berita Berkaitan