Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,809

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hormat-menghormati kukuhkan perpaduan kaum

7:44pm 23/12/2015 Elezebeth Esther Onjining 300 views Tempatan

Tunjuhar

KOTA KINABALU- Tuan Yang Terutama di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar Datuk Haji Mahiruddin menggesa rakyat agar bersatu padu, saling menghormati serta memanfaatkan budaya serta perayaan kaum lain untuk mengukuhkan perpaduan kaum.

Dalam Perutusannya Sempena Perayaan Hari Krismas dan Tahun Baru 2016, Tun Juhar berkata sambutan Krismas dan sambutan hari kebesaran lain yang disambut pada setiap tahun memainkan peranan penting dalam memelihara toleransi beragama, keharmonian budaya, persefahaman dan perpaduan antara kaum.

“Perpaduan sedia ada harus dikekal dan diperkukuhkan lagi supaya dapat melahirkan masyarakat Malaysia yang maju dan mantap menurut acuannya sendiri.”

“Rakyat haruslah sentiasa memupuk persefahaman antara kaum dan  tanggungjawab kita bersama agar dapat memelihara nilai-nilai perpaduan terutamanya dalam kalangan masyarakat di Sabah. “

“Bersikap prihatin, bertolak ansur serta menjaga sensitiviti terhadap satu sama lain demi mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan.”

“Kepercayaan, hormat menghormati dan kejujuran merupakan ciri-ciri positif yang dapat membina dan memperkukuhkan semangat kekitaan dapat menikmati kehidupan yang harmoni dan sejahtera.”

“Hilangnya perpaduan bermakna suasana muhibah yang kita kecapi sejak sekian lama akan hilang sekelip masa,” ujarnya di Istana Negeri.”

Tun Juhar menegaskan rakyat tidak boleh mempersenda fahaman agama, adat dan tradisi yang berlainan di negeri ini, sebaliknya menggesa masyarakat mengelak sebarang provokasi yang melibatkan sensitiviti masyarakat.

“Rakyat perlu menghindari sebarang tindakan bersifat provokasi kaum dan janganlah mengambil kesempatan dengan hak kebebasan bersuara kerana ia  hanya akan menjejaskan keharmonian negara tercinta ini.

“Jadikan perbezaan kaum ini kekuatan dan kelebihan untuk saling melengkapi dengan yang lain bagi membawa manafaat kepada perpaduan dan keharmonian kaum dan kestabilan negara.

“Perpaduan merupakan tonggak kesatuan hati, minda dan tenaga dalam sesebuah masyarakat yang  tanpanya akan melumpuhkan  perpaduan dan sistem kemasyarakatan kerana  rakyat sudah tidak lagi saling mengenal, berkasih sayang dan hormat menghormati,” tambahnya.

Selain itu, beliau juga menyeru masyarakat agar meningkatkan suasana hidup berjiran, berkasih sayang serta hormat menghormati antara satu sama lain.

Katanya, tanpa sifat-sifat itu, institusi kekeluargaan dan kemasyarakatan akan semakin rapuh dan menyumbang kepada peningkatan masalah sosial antaranya jenayah samun, pembuangan bayi, pengabaian keluarga dan lain-lain lagi.

Dalam pada itu, Tun Juhar menasihati rakyat terutamanya golongan muda agar mengelak daripada menggunakan teknologi bagi tujuan negatif terutama yang  berbau hasutan dan hanya akan menghancurkan kemakmuran masyarakat amnya.

Rakyat juga dinasihatkan untuk menggunakan teknologi kepada ke arah kebaikan dan mengeratkan perpaduan antara kaum.

Tun Juhar turut melahirkan simpati kepada kerajaan Paris akibat serangan terorisme baru-baru ini dan berkata pihak kerajaan amat tegas dalam menangani jenayah terorisme

Sehubungan itu, menurut Tun Juhar  masyarakat terutamanya golongan muda perlulah bijak dan tidak dipengaruhi dengan pemikiran terorisme mahupun terjebak dengan golongan tersebut.

Bagi mengelakkan berlakunya kemalangan nyawa dan selamat sampai ke destinasi, beliau menyeru masyarakat agar sentiasa berwaspada dan mematuhi peraturan jalan raya.

Tun Juhar merakamkan ucapan penghargaan kepada pasukan keselamatan yang berkorban masa bersama keluarga bagi memberikan komitmen tinggi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat dan negara walaupun pada musim perayaan.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan