Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,415

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Hobi pemberi rezeki pada keluarga

2:04pm 03/04/2017 Leolerry Lajius 81 views Tempatan

Yanti (kanan) bersama Pelapor Malaysia Aktif.

BEAUFORT – Setiap individu pasti memiliki hobi tersendiri sama ada mengumpul setem, koleksi kasut, memelihara haiwan hinggalah kepada minat terhadap bunga-bungaan.

Namun, tidak semua memahami hobi mampu memberi pendapatan lumayan jika dikomersialkan secara meluas.

MULANYA SEKADAR HOBI

Pemilik Pilajau Nursery, Yanti Munchit, 37, berkata tidak menyangka minat pada bunga membawanya hingga membina sebuah nursery hari ini.

“Saya memang minat terhadap bunga-bungaan, setiap hari di masa lapang aktiviti utama yang dilakukan adalah menanam pokok bunga di halaman rumah.

“Setiap kali berpeluang ke tamu minggu di pekan beaufort saya pasti akan singgah di gerai bunga untuk melihat jenis bunga yang tiada pada koleksi taman halaman rumah saya.

Jelasnya, kemana sahaja tempat dituju, apabila terlihat bunga cantik di sepanjang perjalanan dilalui, pasti tidak akan lepaskan peluang untuk mengambilnya untuk ditanam di halaman rumah,” Ujarnya.

HOBI BERI KETENANGAN

Yanti turut meluahkan perasaan suatu kepuasan apabila pokok bunga yang ditanam hidup subur dan tenang serta seronok dengan apa yang lakukan.

Tambahnya, tidak dinafikan hobi menanam pokok bunga-bungaan ini terdorong apabila sekeluarga mengalami tekanan hidup untuk membesarkan tiga cahaya mata ditambah suami ketika itu tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Sebagai seorang suri rumah sepenuh masa, aktiviti menanam pokok bunga ini sajalah yang dapat memberikan ketenangan dan kepuasan kepada diri untuk mengurangkan tekanan fikiran tersebut.

HOBI BERTUKAR REZEKI

Menceritakan permulaan hobi mula memberikan pulangan yanti berkata, mulanya saya hanya menggantung beberapa buah pokok bunga dalam pasu di sebuah pondok kecil di hadapan rumah.

“Saya menggantung sekitar dalam 15 buah pasu bunga di pondok hadapan rumah.

“Mulanya saya hanya beranggapan tindakan ini hanya sia-sia, anggap sajalah sebagai perhiasan tapi Allah maha kuasa, bunga pasu yang digantung mendapat perhatian beberapa pembeli untuk membeli.

“Setiap minggu pasti ada saja seorang dua pembeli akan singgah ke pondok kecil untuk membeli bunga tersebut.

“Ini menyebabkan jumlah jualan semakin meningkat dari 15 buah pasu kepada 20 pasu dan terus meningkat.

“Melihat kepada sambutan ini saya bersama suami, Azman Napih, 41, membuat keputusan ingin menjadikan hobi ini kepada suatu perniagaan bagi menampung keperluan hidup seharian dan kami tekad melalui simpanan berjumlah RM600, kami serahkan nasib menubuhkan perniagaan sebuah nursery iaitu Pilajau Nursery.

Jelas yanti, apabila ditemui media di kediamannya di kampung pilajau pada rabu.

Kini, Pilajau Nursery semakin berkembang dan mendapat permintaan bukan sahaja dari individu malah dari pihak syarikat landskap dan agensi kerajaan sendiri.

Pendapatan kasar sebulan yang diperolehi adalah sekitar RM15,000 hingga RM30,000 sebulan.

Pilajau Nursery menawarkan pelbagai jenis bunga seperti bunga orkid, cempaka, bunga kertas, ros, bunga raya hinggalah kepada pokok bonzai.

Purata harga bunga yang dijual adalah mengikut jenis bunga serendah RM10 sehingga RM100.

Selain itu, nursery ini turut menjual pelbagai peralatan menanam pasu bunga seperti baja bunga, tanah hitam, racun serangga, tanah baja serta pasu bunga pelbagai saiz bermula dari harga RM7.00 hingga mencecah RM100 mengikut jenis dan saiz pasu.

HOBI PENCETUS KEJAYAAN

Umpama peribahasa melayu, genggam bara biar sampai jadi arang, alang-alang penyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.

Yanti dan suami terus mengorak langkah berani mengembangkan perniagaan hingga ke kota raya, pusat bandar Kota Kinabalu seterusnya ke Tamu Putatan, Penampang, Inanam dan Gaya Street malah kini turut menerima tempahan sehingga ke Tawau.

Menurut Yanti, berikutan permintaan bunga semakin meningkat dan pelbagai, nurserynya terpaksa mendapatkan bekalan bunga daripada negara luar seperti Brunei Darussalam dan Thailand yang dihantar melalui kargo.

“Bekalan bunga diterima sebanyak tujuh kotak sekali seminggu. Setiap kotak mengandungi empat sehingga 100 pokok mengikut saiz dan jenis bunga.

“Dianggarkan nilai tempahan berjumlah RM30,000 sekali tempahan dilakukan

Tambahnya, Nurserynya pernah dilawati pegawai dari Bank Negara Kota Kinabalu berikutan melakukan transaksi kewangan luar negara.

“Mulanya agak risau tapi bila dijelaskan baharu kami mengetahui prosedur sebenar, begitu juga dengan agensi penguatkuasa seperti Kastam yang turut meluahkan masa meninjau kebenaran kewujudan perusahaan ini.

Jelasnya lagi, semua tempahan yang dilakukan adalah berpandukan kepada prosedur import oleh Jabatan Pertanian Sabah dengan melalui tempoh kuarantin tumbuhan di kinarut, Papar sebelum ia boleh dipasarkan.

“Terima kasih kepada semua agensi kerajaan yang prihatin dan turut memberi pandangan serta panduan sebagai sokongan kepada Pilajau Nursery.

PERANCANGAN LEBIH BERJAYA

Yanti bercadang ingin mendapat khidmat daripada agensi tertentu dalam usahanya mendapat bantuan khusus membimbing perniagaan bagi mendapat pasaran lebih luas termasuk ke luar Negara.

“Ketika ini memang banyak agensi yang menawarkan perkhidmatan seperti Bank Pertanian Papar yang membuka ruang bagi mendapatkan bantuan dana tetapi fokus utama ketika ini adalah terhadap aspek penjagaan.

“Saya dan suami hari ini bersyukur dengan apa yang telah kami lalui, jatuh dan bangun dalam hidup banyak memberi pengajaran. Apa yang penting jangan mudah berputus harap terus berusaha dan yakin akan ada jalannya selagi kita berusaha.

Pegawai Pertanian, Seksyen Biosekuriti dan Kuarantin Tumbuhan, Jabatan Pertanian Sabah, Joseph Fung ketika dihubungi berkata Pilajau Nursery sentiasa memberi kerjasama baik terutama dalam memastikan proses membawa masuk tumbuhan dari luar negara mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Ketika ini nursery berkenaan memang banyak melakukan tempahan luar negara terutama dari negara Thailand dan bunga-bungaan yang sering ditempahan adalah jenis orkid.

“Pihak kami berharap agar mana-mana syarikat yang mengusahakan nursery turut mengambil contoh seperti Pilajau Nursery bagi memastikan prosedur kemasukan tumbuhan dari luar negara sentiasa dipatuhi.

Tambahnya, ketika ini Jabatan Pertanian Sabah kerap melakukan sekatan kemasukan tumbuhan dari luar terutama melalui pembelian talian internet.

“Pihak kami berharap setiap individu yang ingin melakukan pembelian atas talian perlu mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan dan sebarang pertanyaan boleh berhubung terus ke Jabatan Pertanian Sabah.

ADIK BANGGA KEJAYAAN KAKAK

Adik yanti merupakan pembantu pekerja di nursery tersebut, Rumawi Munchit, terharu dan bangga terhadap kejayaan yang dicapai oleh kakaknya.

“Saya tidak terfikir hobi minat pada pokok bunga mampu beri pulangan besar dan ini menjadi motivasi kepada saya untuk mencontohi kecekalan dan kesungguhan kakak hingga berjaya.

Rumawi menjelaskan, tugas utamanya adalah menjaga dan merawat pokok-pokok bunga di nursery ini dan ia cukup menyeronokkan.

Rumawi turut berkongsi pengetahuan terhadap bunga orkid iaitu sejenis bunga yang mudah dijaga kerana hanya perlu disiram sekurang-kurangnya dua kali seminggu dan merupakan bunga popular di kalangan pelanggannya./PENERANGAN-

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan